NADI Kesejahteraan Kendiri-Live Webinar “Buah Pinggang Saya OK Ke? Kenali Simptom & Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)”

21 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Julai 2026, bermula pukul 10.30 pagi, seorang ahli NADI Pekan Machan telah menyertai NADI Live Webinar iaitu “Buah Pinggang Saya OK Ke? Kenali Simptom & Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)”.

Antara intipati yang dikongsikan ialah anatomi dan fungsi iaitu memahami bagaimana buah pinggang berfungsi sebagai penapis utama toksin dalam badan. Selain itu, webinar ini juga menjelaskan simptom dan isyarat amaran iaitu mengenali tanda-tanda awal yang sering diabaikan seperti kerap kencing malam, keletihan melampau atau bengkak pada kaki. Topik seterusnya ialah faktor risiko kronik iaitu siapa yang lebih berisiko? Hubungkait abtara penyakit darah tinggi, kencing manis dan kesihatan buah pinggang. Akhir sekali ialah langkah pencegahan awal iaitu tips penjagaan pemakanan, hidrasi yang betul dan tabiat harian untuk nengekalkan fungsi buah pinggang yang optimum.

Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan:
Gambar 1 hingga Gambar 5 :  Gambar semasa kelas berlangsung.

Kembali Ke Atas

kembali